Mungkin anda pernah mendengar terdapat duit kertas RM1 yang mempunyai tandatangan Aishah yang di dakwa mempunyai nilai yang mencecah ribuan ringgit Malaysia. Adakah ini benar?
Yang benarnya ialah duit tersebut memang wujud 100% dan asli sepenuhnya. Cuma tandatangan tersebut bukanlah bermaksud Aishah walaupun ia kelihatan seperti Aishah. Sebenarnya ia adalah tandatangan gabenor Bank Negara Malaysia(BNM) yang ke-6 iaitu:
Gabenor BNM ke-6, Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hasan Sulaiman (1998-2000)
Jadi tandatangan itu adalah Ali Abul dan bukannya Aishah.
Mengikut buku katalog Steven Tan 2010:
dan memang betul duit tersebut adalah amat bernilai kerana ia jarang2 ditemui dan menjadi idaman para kolektor numismatik di luar sana. Kondisi yang cantik boleh mencapai harga RM2,000 ke atas.
Harap info yang dikongsi ini boleh membantu dan mengelak kekeliruan anda.
Terima kasih dan sekiranya mempunyai persoalan boleh taip di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment